JellyPages.com

Wednesday, February 15, 2012

ADA APA DENGAN 14 FEB?

Assalamualaikum..
Pagi-pagi lagi ne aku dah rajin pulak menjenguk blog aku ne.. Sebabnya, aku sedang rasa gumbira! Huhu... Rasa gumbira semalam dibawa-bawa sampai ke hari ne dan harap-harap terus berkekalan la perasaann la la la la la la la la ne... (rasa hepi lorrr).

Urrrmmm, ada apa dengan semalam ekk (14hb 2)..? Apa yang kita semua tahu, 14hb 2 ne tarikh 'keramat' la kononnya untuk pasangan kekasih. "VALENTINE'S DAY". Orang ISLAM, tak boleh sambut ekk.. HARAM! Ok, aku bukan nak cerita pasal hari kekasih ne pun.. Pun begitu, ada sesuatu yang berlaku pada tarikh ne yang menarik minat aku nak menulis di sini. haha. Apakah dia? Jeng jeng jeng. . .! !

Ada dua perkara yang berlaku semalam. Ada sedih dan ada gembira. Yang sedih, ceritanya bermula dalam 'toilet' dan disudahi kegembiraan di 'toilet' juga. Aku yang sedang melumurkan 'syampoo' tiba-tiba terasa cincin di jari manisku tertanggal dek kerana licin dan longgar. Dan ia melantun, melantun dan melantun. . akhirnya melantun lagi ke dalam lubang saluran air!

Wahhhh... apa lagi, menjeritlah aku. Kalau setakat cincin silver RM15 yang ada kat jari manis sebelah lagi aku tak kisah sangat pun. Masalahnya ne cincin berharga tuh.
Bukan kerana harganya, tetapi kerana "SENTIMENTAL VALUE"nya. Bukan cincin dari seorang kekasih.. Tetapi dari seorang yang memang amat aku kasih. IBU. "Kasihmu kasih tiada banding, setia tiada tara. ."
Dek kerana itulah, aku sanggup mengorek saluran kecil itu, nasib baik muat-muat dengan lengan aku walaupun terpaksa bersakit-sakit dahulu, dan jijik yang amat denga apa benda tah yang ada dalam saluran tuh. Huhu.
Tapi aku tolak tepi semua tuh semata-mata mencari balik "pemberian" ibu. Akhirnya, ketemu juga lepas korek punya korek tuh. Syukur, kerana kini ia kembali tersarung di jari manisku.  Aku sarungkan balik dalam 'toilet' tuh juga la yang menjadi saksi betapa 'kami' ne berjodoh. Ecehh ecehh. .! Kan, sudah ku bilang, sudahnya aku kembali girang..

Ok, perkara kedua pula sememangnya menggembirakan aku. Masa aku tengah mengajar, aku dapat mesej yang mengatakan aku dah boleh ambil kereta di ofis Proton di kampungku.
Alhamdulillah, akhirnya impian jadi nyata. Dengan rasminya, 14/2/2012 aku dapat memiliki kereta idaman. PERSONA ELEGANCE 1.6 B-LINE. Tapi ayah aku la yang pergi ambil bawa balik ke rumah.
Tak sabar nak balik kampung hujung minggu ne nak tengok kereta baru. Huhu. Akhirnya. .

Itulah dua perkara yang berlaku dalam hidup aku pada 14 Feb 2012. Berbunga-bunga rasanya. He he he. Ok sebelum tuh. . . sekali lagi aku nak ingatkan, tak payahlah nak  berValentine's Day ehh. Lagi-lagi kita ne orang Islam. Tapi, sekarang ne ramai antara kita yang dah tahu hukum meraikan sambutan Hari Kekasih ne. Alhamdulillah, ada kesedaran.




Katakan TIDAKKKKKKKK. . . ! !

No comments:

Post a Comment