Assalamualaikum..
Ok, memandangkan aku baru je TEST JPJ semalam..
makanya entry aku kali ne berkait dengan test itulah..
"Tidak Kandas".. atau boleh juga diertikan sebagai "Tidak Gagal"
atau dengan kata lainnya, "LULUS". Ye! Aku "Lulus" test JPJ semalam!
Syukurlah.. Memang itulah yang aku harapkan. Yela, tak ada siapa yang
mahukan kegagalan, betul tak..?
Meh aku nak cerita sikit tentang situasi semalam.
Aku rasa agak 'cuak' jugalah bila nak menghadapi test tuh.
Tapi tak ketara sangat la'cuak' aku tuh sebab aku
yakin yang aku boleh lulus.
Ok, masa untuk diuji telah tiba.. Giliran aku ialah no. 7.
Aku menanti giliran aku dengan tenang (sebenarnya aku berdebar).
hehehe... tapi, untuk menhilangkan rasa debaran itu aku
cuba berbual-bual dengan seorang kakak yang mengulang test itu.
Dia menceritakan pengalamannya yang kandas semasa ujian pusingan
3 penjuru. Itu tentang cerita kakak tuh yang kandas. Masa tunggu turn aku pulak,
adalah 2,3 orang yang awal-awal lagi dah kandas. Situasi camtu buatkan
aku semakin berdebar. Yela, risau jugak la takut-takut terkena kat batang hidung
sendiri, walaupun aku dah agak 'terror' memandu selama 5 tahun. hehehe..!
Masuk bakul angkat sendiri pulak dahh... =)
Sampailah 'turn' aku.. Macam biasa, apa-apa yang kita buat mesti
dimulakan dengan doa kan.. Kemudian, aku perlahan-lahan mendaki bukit
dan berhenti di 'line' kuning. Ketika ne, tak da lagi debaran.. setiap ujian tu,
aku fokuskan apa yang perlu dilakukan, bukannya fokus kepada debaran!
Alhamdulillah, aku dapat menyelesaikan ketiga-tiga ujian dengan sebaik mungkin.
Begitu juga dengan ujian jalan raya..
Walaupun markah aku tak penuh.. tapi syukurlah aku dapat melepasi
markah lulus. Masa ujian jalan raya, aku buat dua kesalahan.
Kadang-kadang benda senang pun boleh jadi lupa. hermmm,
biasalah tuh..
Orang kata, duduk sebelah orang JPJ ne gerun laa, takut laa..
itulah, inilahh dan sebagainyalah. Selalu je kita dimomokkan dengan
ungkapan-ungkapan sebegitu. Tapi, bagi aku, kalau kita yakin,
buat apa nak takut. Kita buat apa yang dah kita pelajari.. Perasaan gerun atau
takut tuh sikit pun tak da... dan aku pun memandu dengan penuh kegirangan!
Kahkah...
LULUS. Ungkapan ne sudah cukup membuatkan aku bahagia kot.
Senyum meleret sampai ke telinga..
Yela, tak payah pikir nak pergi latihan memandu, tak payah pikir nak
ambil cuti dan gaji dipotong.. Apa yang terpikir ialah cepat-cepat nak
dapat lesen 'P'. Hehe. Tak sabar rasanya nak memandu dengan berhemah!
Kononnya laa... =))
Ok laa, da daaa.. titi tutu!!
Moh kite solat Maghrib!
Salamm...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment