Dua tiga hari ini, wajahnya seolah menari-nari di depan mataku. Memori fikiranku masih kekal mengingati wajah itu. Aku sedar, walau cuba kubuang jauh 'file' yang memuatkan segala aksi 'pose'nya dalam kotak mindaku ini, namun tetap tidak dapat mengusir gambaran wajahnya itu. Kuat. Kukuh. Melekat. Ya! Opss, silap. Bukan sekadar berlegar dalam dua tiga hari ini sahaja, malah dikatakan dalam 2 tahun ini, dia juga kerap kali hadir menemani dalam mimpi!
Hari ini, entah mengapa hati ini sangat tersentuh, terusik. Mungkin juga hati terasa sangat merindukannya. Tetapi otakku menyangkalnya. Lebih-lebih lagi pabila mengenangkan peristiwa mengecewakan itu. Tak mungkin aku masih rindukannya. Tidak sama sekali! Tapi, hati tidak begitu.
Usai menyediakan makan malam, aku merebahkan diri di hadapan televisyen. Sedang asyik menonton sebuah drama di saluran Astro Prima kalau tidak silap, bertajuk "Destinasi Cinta Sara", juga kalau tidak silap aku lah. Mahu sahaja tertumpah air mata ini melihat seorang pelakon lelaki baru yang persis wajahnya. Hidungnya, bibirnya..saling tak tumpah! Sungguh, wajah itulah yang pernah beraja dalam jiwaku suatu ketika dahulu. Kini, sudah lama wajah itu cuba kuusir, tapi tetap ia bertandang tanpa diundang. Dugaan apakah ini?
Ringkasnya begini. Aku mendapat tahu bahawa hari ini adalah hari bahagia buatnya. Dari mana aku dapat tahu bukan soalnya. Apa yang penting, hari ini adalah hari pertama dirinya bergelar bapa. Oh bahagianya dia!
Melihat wajah puteri pertamanya itu, sendu di jiwaku. Bukan aku tidak bahagia melihat kebahagiaannya. Tetapi aku mengenangkan keadaan diri. Setelah hampir 2 tahun, dia sudah pun bertukar status. Dari seorang jejaka kacak, bergelar suami kepada seorang isteri dan kini dipanggil ayah pula. Tapi aku? Masih menanti.. Bukan menanti dirinya, tetapi menanti seseorang yang dapat menerima diriku seadanya. Dan yang pasti, aku harus menerima pilihan Allah buat diriku. PilihanNya adalah yang terbaik. Itu pasti.
"Awak, tahniah kerana bergelar bapa. Semoga kekal bahagia bersama isteri dan anak. Moga awak juga tak lupa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan saya walau bukan dalam doa di setiap solatmu. Cukup sekadar terlintas di fikiran."
Lantas terbit manik-manik jernih membasahi pipi saat ini. Ini bukanlah air mata kesedihan akibat merindukan seseorang, tetapi air mata kesyukuran kerana Allah masih sayangkan aku. Tanpa pengalaman dikecewakan sebegini, mungkin aku tidak akan berada di tahap ini. Sejauh ini. Sekuat dan setabah ini tanpa insan bergelar lelaki. Syukur Ya Allah..
p/s:: Teringat pesan seorang sahabat susah senang, "Kita wanita kuat awopp, jangan lemah!" kata-kata ini sedikit sebanyak memberi perangsang kepadaku. Bukan sikit, tapi memang banyak!

No comments:
Post a Comment