Ini kisah lama. Tidak terlalu lama barangkali.
Kisah percutian gadis-gadis bergelar guru menikmati cuti persekolahan akhir tahun 2012.
Sengaja aku potretkan kisah kami di sini. Bimbang kalau-kalau mindaku tidak lagi berfungsi lantas tidak mampu lagi tuk mengingati. Makanya kenangan itu biar di sini ku semadi.
Kali ini, tidak banyak bicara. Kubiarkan sahaja gambar momen kami yang berkata-kata.
10/11/2012.
"Selamat Datang ke Cameron Highland"
Sangat teruja kerana pertama kali menjejakkan kaki ke sini. Pertama kali bagi diriku.
Mahu sahaja melompat-lompat dalam kereta.
"Selamat Datang ke Cameron Highland"
Sangat teruja kerana pertama kali menjejakkan kaki ke sini. Pertama kali bagi diriku.
Mahu sahaja melompat-lompat dalam kereta.
Tiba sahaja di sana, kami 'check-in' di ............... (sudah lupa nama hotel), Brinchang.
Harganya berpatutan. Tetapi, hati-hati dengan seterika ya! Silap-silap nanti dicas lebih. Terbang melayang RM50 kami.. Fuhhh~
Lokasi pertama kami, Ladang Teh Bharat di sekitar Brinchang.
Di sebelah kiri: Yana, tengah: Dayana, kanan: aku. Yang 'snap' gambar ini: Iema Si Tunang Orang.
Berempat. Itu dia Iema si tunang orang! Peace!~
Bunga. Seni yang terhasil dari DSLR Dayana.
Di Cactus Valley.
"Wah, besarnya..!" Mereka kelihatan terkejut di situ. Dari sekecil-kecil kaktus sehingga yang besar, yang rendah, yang tinggi, semua ada.
Masih berlatarbelakangkan pokok-pokok kaktus yang cantik belaka.
Comel!
Sempat lagi membeli payung di Cactus Valley.
Suasana di Pasar Malam Brinchang, berdekatan balai polis dan balai bomba.
Berjalan-jalan di pasar malam. Muka Iema kelihatan letih. Yana masih bertenaga.
Aku juga masih mampu mengukir senyum. Al maklumlah kali pertama, agak teruja.
Mungkin kerana lapar dan sejuk, ubi keledek pun kelihatan sedap. Bila dimakan, ternyata memang sedap!
Strawberi coklat. NyumNyum..
Buah jambu Cameron. Indah khabar dari rupa. Kami kecewa. :(
Banyak lagi gambar kenangan kami di sana, tapi cukuplah sekadar ini sahaja menjadi tatapan. Gambar untuk hari kedua, akan datang aku paparkan. Sekian.













No comments:
Post a Comment