Assalamualaikum.. Salam sejahtera, salam pilihan raya :)
Al maklumlah dah semakin hampir hari mengundi. Pertama kali mengundi bagiku. Nak merasai sendiri suasana semasa berlangsungnya pengundian 5 Mei nanti. Terserlah keterujaannya di situ..
Ini bukan perihal mengundi. Bukan berkisar politik. Tiada kena mengena langsung. Hanya ingin memaparkan perihal diriku yang tiba-tiba sahaja mendapat idea mencipta puisi. Nah! Siapa kata kau tiada bakat! 2 jam bertugas menjaga peperiksaan bukanlah sia-sia semata. Bosan memanglah bosan. Makanya, bagi mengelakkan diri dari terus membatukan diri dengan kebosanan, sengaja aku ligatkan otak dengan nukilan ayat-ayat indah (mungkin indah..mungkin juga tidak..) bagiku. Caranya, minda bermain dengan kata-kata, badan pula bergerak ke hulu ke hilir dua tiga empat lima enam tujuh lapan kali bagi memastikan proses mencari idea berjalan lancar. Alhamdulillah, berkesan! Seuntai puisi terhasil sudah.. Makanya, silalah hayati, fahami dan tanggapi.
Mereka
diam seribu bahasa,
Mereka
bisu tanpa bicara
Mereka menyendiri tiada berita
Hilang di lautan sepi tak bercahaya.
Terkadang
tiada salahnya mereka
Barangkali dikurnia daya taqwa
Hati berbisik mengubah cara.
Kalian
Fikirlah waras, berbaiklah sangka
Ini hikmah Sang Pencipta
agar tidak terguris hati
tidak tercalar iman
tidak tergadai agama
Kerana sayang, Dia menduga
Dia punya kuasa segala
Pulanglah..
kembali kalian mengabdi diri
Pentadbir alam kekal menanti
Tuk kalian cintaiNya lebih dari cinta mereka.
Uyulhuda Razali,
26/4/2013.
1.26 a.m.
Sebuah puisi tidak bernama ditujukan untuk diri sendiri dan sebagai peringatan kita bersama. Setiap manusia pasti tidak terlepas melakukan kekhilafan. Berdosa. Bertaubat. Berdosa. Bertaubat. Dosa lagi dan lagi dan terus-terusan bertaubat. Pastinya ada antara kita seperti ini bukan? Sehingga akan ada suatu ketika kita merasakan bahawa kita tidak layak untuk syurgaNya. Seolah-olah Dia tidak menerima taubat kita. Saya juga pernah merasa sebegini. Namun kita perlu yakin dengan kekuasaanNya. Kerana Allah sangat suka bahkan gembira jika ada hambanya yang tidak jemu bertaubat sebenar-benar taubat walau berulang kali kita melakukan kemaksiatan dan kezaliman. Pintu taubat sentiasa terbuka luas untuk kita selagi ajal belum menjemput. Sabda Baginda s.a.w: "Sesungguhnya Allah s.w.t akan menerima taubat hamba-Nya selama roh belum sampai ke ghar-gharah (hampir nazak)".
Bermohonlah. Jangan berdoa meminta hidup yang mudah. Tetapi berdoalah agar dikurniakan hati yang tabah dalam melayari bahtera hidup sementara ini yang pastinya seringkali dilanda gelombang . Paling penting, berdoa agar mampu istiqamah setelah kita bertaubat.
Selamat malam. Malam yang sunyi berteman damai. Assalamualaikum. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





No comments:
Post a Comment