JellyPages.com

Sunday, February 5, 2012

'Kau' Buatku Menangis!

Assalamualaikum.. lama dah aku tak buka blog aku neh. Nampak dah bersawang bagai.. Maknanya dah lama juga la aku tak bercerita kat sini. Banyak je yang aku nak cerita, tapi kekeringan idea rasanya. Hermm, tapi entah kenapa hari ne baik hati sangat, so try juga la merapu apa yang patut kat sini. 

Hermm, semalam aku ada tonton satu filem Indonesia ne, memang bagus untuk ditonton.. tersangat bagus la! Tajuk filem ne ialah "Hafalan Shalat Delisa", ia merupakan adaptasi dari novel yang juga bertajuk "Hafalan Shalat Delisa" hasil karya penulis Tere Liye. 
Sebenarnya aku tak tahu pun kewujudan novel dan juga filem ne. Macam biasa, aku buka 'pesbuk' dan terlihat video dari Youtube di page salah sorg temanku. Jadi, aku pun try la klik button 'play'. Aku sememangnya tengah bosan semalam, jadinya aku layankan filem tu sampai habis.

Nak dijadikan cerita, filem ne membuatkan aku menangis tak henti-henti. Dari awal menontonnya saja, dapat menarik minat khalayak untuk terus membatukan diri melihat apakah yang akan terjadi pada babak-babak seterusnya. 
Meseg yang nak disampaikan melalui filem ini tersangatlah jelas, nyata! Tentang keikhlasan, kesabaran, keredhaan.. Filem ini penuh teladan. Boleh dijadikan iktibar untuk kita semua.. Tak sia-sia aku yang dalam kebosanan semalam akhirnya dapat menonton filem ini, sekurang-kurangnya dapat memahami erti  kehidupan. Tak selamanya kita akan berada di 'zon selesa'. Pastinya, kita akan mengalami situasi kehilangan.. jadi filem ne memberi pengajaran, bagaimana kita harus meneruskan kehidupan walaupun tanpa insan tercinta.  Semua ini ditonjolkan dalam filem yang cukup menjadikan aku seorang yang sentimental secara tiba-tiba, terutamanya melalui watak Delisa yang dimainkan oleh adik Chantiq Schagerl. Tahniah buat adik Chantiq.. dan para pelakon yang lain! Konklusinya, filem ne sangat terkesan dalam hati aku.. huhu! 

Ok la, tak nak cerita banyak. Tengok dulu, baru tahu macam mana 'best'nya filem ne. Sekarang, aku mahu bersiap-siap balik Yong Peng! Yeayyy!! Bile sampai di rumah nanti, aku nak tengok lagi ngan famili aku... tak puas tengok! hehe.


  "Delisa cinta Ummi karena Allah..." 

No comments:

Post a Comment