Hanya tinggal 2 hari sahaja lagi tempoh saya di Sek. Ren. Islam Hidayah, iaitu minggu depan setelah tamat cuti Aidiladha. Walaupun, hanya 2 bulan.. tetapi saya dapat rasakan keserasian di sini. Guru-guru yang baik hati, peramah, dan tidak ber'puak-puak'. Anak murid yang comel belaka, manja, nakal, dan bijak semuanya. Serasa tidak mahu meninggalkan sekolah ini, tetapi saya sudah mendapat peluang bekerja di tempat lain.
Perasaan suka duka, gembira sedih bercampur aduk. Suka, gembira kerana saya diberi peluang bertemu dengan 'insan-insan' yang kini sudah mendapat tempat di hati saya, iaitu anak-anak murid saya. Dan sedih kerana pastinya sebuah pertemuan disusuli perpisahan, iaitu perpisahan dengan mereka. Maknanya, sudah timbul perasaan sayang saya pada anak-anak murid saya, apakah mereka juga begitu??
Saya tidak mengharapkan apa-apa balasan dari mereka, cuma harapan saya mereka beroleh kejayaan dunia akhirat. Insyaallah.
"Manisnya bersama.. Ustazah Sayang Kamu!"




No comments:
Post a Comment