JellyPages.com

Wednesday, April 27, 2011

Lupa lagi...!!

Salam.. hermm,, skali lagi aku harus bermula dari awal.. kenapa?? pasai blog aku laa.. masalah utamanya, aku ne haa yg jenis lupa ingatan sket... aishhh,, xtaw la muda2 lagi asik lupa sana, lupa sini.. memang lama dah aku perasan yg aku ne jenis pelupa. dalam kes ne, aku lupa pasword aku, tak kira la apa-apa jer yang nak kena guna pasword, memang kalo xcatit aku akan lupa.. so, tpaksa la aku tukar pasword baru..dan blog yang lama pon ilang truih laa,, aku xjumpa p mana.. alkisahnya, aku jenis malas nak berblogging, sbb rasa xdak masa dan xda idea. Yolah, mungkin sbb banyak keje dan kpala pon letih memikir sal study.. sbb tuh kot aku xlayan blogging2 neh.. Tapi, skang aku da ada masa terluang..daripada aku duk diam xbuat pape baek la aku layan bnda ne, ada la keja bpekdah sket aku leh wat kan.. hermm, berbalik kepada kata fokus aku tadi, iaitu 'lupa'.. kat sini aku nak kongsi sket la punca-punca knapa leh jadik lupa neh.. 


1. Kurang rehat

Otak kita akan sihat kalo kite tido cukup. Orang yang tido 6 jam sehari walopon mereka kata dah cukup tido, tapi sebenarnya mereka neh sukar mengingat apabila dijalankan ujian memori terhadap mereka neh.. Amalkan la tidur selama 6 minit kalo letih sangat la..Cara ini boleh memacu daya ingatan kita. Ingat, rehat yg cukup boleh pertajamkan daya ingatan tawww!


2. Berdengkur
Haa.. bdengkur neh salah satu punca jgk.. comey tak bile bdengkur? haha.. tuh bkn persoalannya. Persoalannya, betol ke bdengkur leh wat kan kita lupa? haa.. meh sini nak habaq.. Berdengkur neh disebabkan pernafasan terganggu masa kita tidur. Sebab tuh, oksigen sukar sampai ke otak selama beberapa saat. Hal ini menyebabkan sel-sel otak ‘kelaparan’ sekaligus melemahkan daya ingatan. Kajian mengatakan majoriti yang berdengkur adalah lelaki. Berat badan berlebihan pon faktor dia jgk.. so, sesapa yg berdengkur tuh dapatkan nasihat doktor la kalo alami masalah lupa ingatan neh yekk.. hilangkah la "kroih, kroih, kroih" anda tuh... Ia akan wat idup akan lebih tenang dan ingatan kembali pulih, insyaallah..
3. Umur lebih dari 65 tahun
Pada usia ini, badan akan mengalami kesukaran menyerap vitamin B12 dari makanan. Kekurangan vitamin ini dapat melumpuhkan daya ingatan seseorang (alzheimer). Oleh itu, bagi yang usianya da pon capai 65 tahun, carik la cara nak tingkatkan kadar vitamin B12 ini spt ambik suplemen misalnya.. camtuh la citenye... 
4) Kemurungan atau dlm bhsa omputihnya kata 'depression'
Sel-sel otak seseorang yang mengalami depression ini mungkin akan terganggu. Kalau depression yang dialami tuh serius, ia bole membunuh sel-sel otak hingga melumpuhkan daya ingatan. So, jangan murung2 ok.. tingkatkan keceriaan anda!!   
5) Kadar gula dalam darah tinggi
Kadar gula yang tinggi dalam darah menyebabkan penyimpanan memori terganggu. Anda dapat mengawal penyakit ini dengan selalu melakukan ujian darah untuk mengetahui kandungan gula dalam darah. slain tuh, rajin2 la bersenam. kalo dah malas sngt, jog stempat pon ok..buat la bape minit.. hamboii,, jgn malas sngt la!! kat sini aku kata kena 'rajin'.. so rajin2kan diri ok.. kan mencegah tuh lebih elok..iye dak??? 
Hermm... tuh la punca2 yang wat kita jadik lupa.. stakat tuh jela aku leh kongsi.. tapi yang peliknya, aku neh tido tlampau cukup.. tido aku sempurna! perfecto!! myb sbb TERLAMPAU tuh la kot ak bmasalah... heheh >_* Salammm...

No comments:

Post a Comment