Hening pagi mendamaikan jiwa. Entah mengapa hari itu bagaikan wujud satu perasaan aneh yang membahagiakan buat dirinya, perasaan senang yang tidak penah dirasakn sblom ini.. seolah-olah dia berada dalam syurga idamannya sendiri.. Perasaan itu sebenarnya masih lagi disulami rasa mengantuk. Perlahan-lahan selimut ditarik, membaluti tubuh, seterusnya menutupi wajah mulusnya. Namun, dirasakan ada tangan memeluknya erat. Cepat-cepat dia menyelak helaian selimut yang menyentuh lembut kulit mukanya itu. Yang hampir saja membawanya jauh ke syurga ciptaannya. Lantas, pipi gebu miliknya menjadi sasaran si bibir nakal.. Dia terpana! Terkebil2 matanya melihat empunya bibir tersebut yang berani-berani sahaja memperlakukannya demikian. Malah, turut menghadiahkannya senyuman paling manis pernah dia lihat. Dia pantas membalas senyuman si bibir nakal. Ya Allah, mana mungkin peristiwa semalam senang saja luput dari kotak ingatannya. Sungguh, dia betul-betul tidak mengingati tentang itu.. tentang malam yang telah meragut mahkota kegadisannya. Baru dia teringat, dia bukan lagi si dara manis yang menjadi igauan setiap pemuda Kampung Buluh Perindu. Kini, hati dan jasadnya telah dimiliki sepasang tubuh bergelar suami! Ya..suami.. Bibir nakal itulah kepunyaan suami yang baru saja sah menjadi miliknya.. Patutlah dia berperasaaan aneh, perasaan yang menjadi titik tolak kepada bunga-bunga harapan yang disangka agar terus mekar menemani malam-malam sepinya. Kini, bibirnya pula tidak lekang menguntum senyum.. Azamnya, untuk jadi isteri mithali. Moga syurga Allah akan didiaminya nanti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





No comments:
Post a Comment