Dia tersedar tiba2. Dilihat jam di telefon bimbitnya menunjukkan angka 5.00 a.m. Cuba dilelapkan mata, masih tidak dapat lena. Getusnya, "mungkin sbb aku tido awal semalam kot..". Dia bingkas bangun lalu mencapai laptop kesayangannya di atas meja dan terus sahaja menekan butang 'on'. Beberapa saat kemudian, pantas sahaja jari-jarinya memetik huruf F.A.C.E.B.O.O.K. L.O.G.I.N di 'keyboard' laptopnya. Dia tidak pasti tujuannya melayari laman sosial tersebut di awal pagi begini.. Lantas, dia teringat yang dia masih belum membalas pesanan ringkas yang dihantar rakan baiknya melalui 'handphone' kerana ketiadaaan kredit. Cepat-cepat dia membuka 'wall' rakannya itu dan senang sahaja dia membalas pertanyaan rakannya semalam. Usai membalas pesanan tersebut, dia melihat pula 'wall' teman yang dianggapnya istimewa. Di situ, kelihatan video lagu yang baru sahaja di'upload' temannya itu beberapa jam lalu. Ditekannya 'PLAY' lalu cuba dia selami dan hayati lirik lagu tersebut. Sebuah lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi Indonesia yang pernah mencapai kegemilangannya satu ketika dahulu. Lirik lagu itu menyentuh kalbunya. Terasa wujud genangan air di matanya, kemudian pecah dan titisan demi titisan mengalir jernih membasahi pipi yang kurang gebu itu. Dibiarkannya terus mengalir.. dia puas begitu! Perasaan yang selama ini tidak pernah dirasakan akan kembali bertandang, tetap datang tanpa diundang. Barit-bait lagu itu dihayatinya dengan penuh kesungguhan, difahami maksudnya dengan pengertian yang amat mendalam. Sungguh, dia tidak dapat menahan titisan air jernih terus mengalir laju. Cuma, dia masih belum mengerti tujuan temannya meng'upload' lagu tersebut. Mungkin ada sesuatu yang menggangu fikiran temannya. Atau mungkin sahaja temannya itu sekadar memberi hiburan kepada teman-teman "Facebook"nya yang lain. Ya, mungkin juga.. Namun, yang jelas hatinya kini berkecamuk. Dia mencari punca kepada jiwanya yang kacau. Punca itu disimpan kemas dalam lubuk hatinya. Biarlah.. biar dia sahaja yang merasa begitu. Hanya pada Tuhan dia meminta diberi ketenangan yang abadi. Untuk itu, dia terus sahaja berlalu mengambil wuduk dan kembali semula ke kamar. Pantas tangannya menyarung telekung lalu mencapai kitab suci Al-Quran. Sementara menanti azan Subuh berkumandang, dia membaca ayat-ayat suci lagi indah itu walaupun kadang-kala bacaan itu terhenti akibat kepiluan hatinya kini. Dia tau, Allah masih bersamanya.. Allah masih ingin memberi ketenangan buat dirinya yang sentiasa lemah... Ya, dia mengharapkan redha Allah, dan pasti Tuhannya yang satu itu tetap di sisinya. Buat masa ini, dia tenang.. dan itulah yang dijanjikan Allah untuk insan yang memerlukan pertolonganNya. Harapannya satu, agar semua manusia berbahagia di atas muka bumi Allah ini...
Video ini adalah video yang dimaksudkan... hehhehe.
Puteri kepada Wan Zimah Bte Awang dan Ahmad Razali Mohd Noh. Seorang guru di sebuah sekolah persendirian Cina di Johor Bahru. Graduan dari Universiti Malaya (2009) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (2011).. Tiada apa yang menarik mengisahkan aku, hermm..tiada apa-apa. Manusia yang serba serbi tidak sempurna. Itulah aku. Seringkali terjerumus ke lembah kegagalan, namun bangkit dengan rasa sakit yang masih menikam. Harus bangkit demi sebuah perjuangan!
Blog ini adalah medium untuk aku menzahirkan rasa, meluahkan kata .. tentang apa sahaja. Ya, di sini!
No comments:
Post a Comment