JellyPages.com

Thursday, May 12, 2011

Untungnya Mereka, Untungnya Kita...

Pernah tak kita terfikir bahawa di sebalik kekurangan kita kadang kala tersimpul kelebihan yang mungkin kita sendiri tak sedar. Sehingga menjadikan kita sering merendah diri, mengeluh, sedih dan malu untuk berdepan dengan mereka yang ternyata memiliki kelebihan yang kita nampak pada mata kasar kita. 

Tak perlu pergi jauh, saya sendiri sememangnya miliki banyak kekurangan. Dan disebabkan kekurangan itulah, saya sentiasa rendah diri, mengeluh, malu dan kadang-kadang sedih kerana memiliki banyak kekurangan. Saya merasakan bahawa kekurangan saya itulah menjadikan saya tak dapat mencapai cita-cita dan membahagiakan insan-insan penting dalam hidup saya. Apabila saya gagal dalam sesuatu perkara, terus saya memikirkan tentang kekurangan diri saya. Apakah saya tak layak untuk mendapatkan apa yang saya hajati? Tidak... itu bukan jawapannya. 

Tapi setelah saya fikir berulang kali, setiap apa yang Allah ciptakan dan setiap apa yang terjadi, punya tujuan tertentu atau hikmah di sebaliknya. Saya hanya manusia yang tidak dapat lari dari memikirkan perkara seperti itu, sedangkan saya seharusnya bersyukur dengan kekurangan yang dimiliki. Misalnya, kekurangan itu menjadikan saya sentiasa merendah diri tak tidak pula rasa nak membangga diri. Tapi sekiranya terlalu merendah diri, kadang kala menyebabkan kita tak yakin dengan kemampuan kita. 

Hermmm.. pernah juga saya terfikir, sekiranya saya memiliki wajah yang cantik dan fizikal yang menarik sehinggakan ramai yang memuji-muji hingga tak dapat mereka tidur malam, dianugerahi kebijaksanaan dan dengan mudah dapat menandingi orang lain, kemewahan yang berganda, nak apa jer semua dapat..shopping sana sini tiap-tiap hari... tapi, bagaimana pula dengan sifat-sifat yang akan wujud dalam diri saya? Apakah itu menjadikan saya seorang yang sangat berbangga dengan kelebihan diri? Atau dengan kelebihan itu saya tetap merendah diri? adakah saya akan jadi seorang yang sombong, angkuh? Atau masih tetap mengeluh.. itu saya tak pasti. Tapi, kini saya sedar bahwa apa yang saya fikirkan itu tidak penting kerana yang lebih penting adalah rasa bersyukur saya kepada Pencipta yang menjadikan diri saya seperti sekarang. Memang.. memang saya kurang.. tapi kadang kala kekurangan itulah kelebihan saya yang harus saya fahami dan selami sebaiknya. Timbang-timbangkanlah kekurangan mana yang perlu diperbaiki dan mana pula yang perlu disyukuri. Bagaimana dengan anda?? Bagi yang memiliki kelebihan itu adalah bonus buat anda, tapi gunakan kelebihan itu wajar pada tempatnya dan bukan untuk menjatuhkan mereka yang serba kekurangan..... 

Begitu juga bagi insan-insan yang kurang upaya. Kebanyakan mereka memiliki kecekalan yang kadang kala melebihi manusia yang berupaya. Mereka sedar diri dalam kekurangan, tapi mereka tidak menjadikan kekurangan itu sebagai alasan untuk tidak berusaha meneruskan kehidupan. Mereka tak mengalah.. mereka tak lemah.. tapi mereka punya kelebihan tersendiri. Walau pekak, buta, bisu.. tapi deria mereka lebih tajam. mereka dapat melihat dan mendengar dengan mata hati. Sedangkan kita yang berupaya ini pula kadang-kadang buta hati, buta mata.. Untungnya mereka dengan kekurangan yang dimiliki tetapi tanpa kita sedar mereka tak kurang walau seinci, malah Allah menganugerahi kelebihan buat mereka. 

Untungnya orang yang buta... kerana mereka tak melihat maksiat..
tak melihat perkara yang sia-sia..
untungnya orang yang pekak.. kerana mereka tak mendengar fitnah..
tak mendengar perkara sia-sia..
untungnya orang yang bisu.. kerana mereka tak menghebohkan keburukan orang lain..
tak mengata atau bercakap perkara yang sia-sia..
untungnya orang kudung tangan dan kaki, kerana mereka tak merampas harta orang lain dan menjejakkan kaki ke lembah maksiat...
untungnya orang gila... apa yang baik dan buruk mereka lakukan tidak dikira...
untung mereka.. kerana mereka semua dijauhkan daripada perkara-perkara nista...
Nampak tak.. BERUNTUNGKAN MEREKA? Di sebalik kekurangan terselit KELEBIHAN... 
UNTUNGKAN MEREKA . . . 

Tetapi. . . 
mengapakah kelebihan pada mata kasar kita ini (maksudnya kita dapat bercakap, mendengar dan melihat) perlu kita gunakan untuk bercakap, mendengar dan melihat perkara nista dan dusta, hasilnya pula dosa semata? Tanpa sedar, kita telah melakukannya bukan. . .??

 Kita juga beruntung seperti mereka...
kerana kita manusia sama sahaja di sisi Pencipta...
Apalagi kita memiliki kelebihan. . . ada untungnya kita. . .  
Untungnya kita dapat melihat.. kerana dapat melihat indah ciptaan-Nya..
untungnya dapat mendengar.. kerana dapat mendengar alunan bacaan Al-Quran 
dan juga laungan azan..
untungnya kita dapat berkata-kata... kerana kita dapat berselawat, memuji-muji keagungan dan kebesaran Allah S.W.T, memuliakan Rasulullah S.A.W.. 
untungnya kita miliki tangan... kerana dapat bersedekah..
untungnya miliki sepasang kaki... kerana dapat pergi ke masjid dan majlis-majlis ilmu..
untungnya kita diberi kewarasan.. kerana amalan yang baik akan dikira...
Lihat... betapa UNTUNGNYA KITA... 
Untungnya kita sebagai makhluk ciptaan Allah... 

Jadi... tak ada sebab untuk kita tidak mensyukuri segala apa yang telah dikurniakan Allah kepada kita.... 
terima seadanya diri kita... kadang kala apa yang kita rasakan kekurangan pada diri kita, tetapi ia adalah kelebihan bagi orang lain menyebabkan timbul perasaan cemburu dengan apa yang kita miliki. 
Ingat.. kekurangan bagi kita tak semestinya kekurangan pada pandangan orang lain....
Selongkar apa yang wujud dalam diri, selami sebaiknya dan bersyukurlah...
Ketahui bahwa kita sangat beruntung.... 

Sekian....





No comments:

Post a Comment