Bismillahirrahmanirrahim. . .
"Nak tengok almarilah. Hermm, nak try pakai baju ni semula". aku mengomel sendirian.
Pakaian yang disarung kemas dengan plastik berwarna hijau aku amat-amati. "Agak-agak muat lagi ke tak ye?" Aku meneka. Segera zip plastik hijau itu aku tarik. Aku keluarkan uniform berwarna putih dengan seluar berwarna hijau yang masih lagi megekalkan warna asalnya. "Rindu". Getus hatiku yang sememangnya merindui saat-saat menyarungkan uniform itu di tubuh kecilku. Ku belek satu persatu. Setelah itu, uniform putih beralih kedudukan. Kini, uniform itu terletak di tubuhku.
Selesai sahaja mengenakan uniform tersebut, sesuatu yang memeranjatkan sudah kujangka.
"Alamak!"
Namun apa yang kujangkakan itu adalah perkara yang membahagiakan aku. Apa dia? Huh. Tubuh kecilku dulu kini bukan lagi kecil. Uniform itu agak ketat di tubuhku. Tak seperti dahulu. Aku masih lagi muat memakai uniform itu, tetapi situasi agak berlainan sedikit. Jika dahulu, pakaian itu agak longgar dan kurang menampakkan bentuk tubuhku, tetapi kini. . . Semuanya nampak menonjol! Tapi, keadaan sebegitu sedikit pun tidak membuatkan aku gusar, takut atau rasa nak turunkan berat badan. Aku tersenyum lebar. Situasi sebegini yang kunanti-nantikan. Jadi, benarlah mereka melihat berlaku perubahan pada tubuhku. Ya, memang berubah. Berubah kilogram sahaja. Aku puas! Senyuman makin melebar.
Sebelum ini, telah ku tahu mengenainya.
Ramai yang mengatakan aku gemuk dan berisi. Sebetulnya, tidaklah gemuk, tetapi entah kenapa mereka suka mengatakan 'gemuk'. Walau angka kilogram kian meningkat, aku masih dikategorikan sebagai 'kurus'. Itu pada firasat aku. Pandangan orang lain, aku tidak tahu.
Dan setelah menyarung kembali uniform putih dan seluar hijau itu, maka terbuktilah kebenarannya. Ya, aku sedar aku 'berisi', dan setelah memakai pakaian itu aku tetap 'berisi'. Jadi, nyatalah "sudah terang lagi bersuluh". Sudah jelas berat badanku meningkat, aku kenakan pula pakaian itu yang muat-muat sahaja dengan tubuhku, apa lagi. . . pastilah ketat! Baju tidak dapat dibutang, seluar pula tidak boleh dizip! Jawabnya, tiada ruang untuk bernafas.
Nampak montel pipiku. Begitu juga lenganku.
Nah! Sudah terang lagi bersuluh bukan?
Tak perlu nak bajet badan 'kiut miut' lagi ok!
*Teringat pula kata-kata arwah 'ayoh'ku (datuk) yang amat kukagumi. "Ketat tok nyawo!". Dia tidak suka melihat perempuan berpakaian ketat. Dan dari kata-kata itu sebenarnya adalah sindiran buat cucu-cucunya sendiri. Kadang-kala kata-katanya melucukan, tetapi sebenarnya itulah caranya mengajar dan mendidik.





No comments:
Post a Comment