"Cemburu bagaikan garam dalam masakan,
sedikit menambah rasa.. banyak pula merosakkan selera..
pengambilan berlebihan pula bisa meragut nyawa.."
Kata-kata tuh maksudnya ialah
dalam perhubungan cemburu sket2 tuh ok la..
cemburu nak manja2 ker kan..
mengindahkan hubungan la kiranya..
tak la mendatar jer kan..
tapi, kalo banyak plak cemburunya
saban hari, saban waktu.. tiap masa dan ketika
asik nak cemburu jek..
kadaan camtuh leh rosakkan hubungan..
kadang-kadang leh wat hubungan jadik tawar..
konon nak wat hubungan tambah indah, manis..
tapi kita tak sedar rupanya jadik tawar plak...
Dan kadang kala ada yang meretakkan dan menghancurkan
hubungan yang dibina tuh kalo terlebih2 plak
wujudkan elemen cemburu neh..
hermmm.. bahaya kan...
Setiap dari kita tentunya akan mempersoalkannnya..
"salahkah aku cemburu?"
dan pertanyaan ini sering diungkapkan oleh
golongan wanita..
tapi, tak pula bermaksud kaum adam tak cemburu..
cuma kalu bab2 cemburu nih lebih cenderung pada wanita la biasanya.
Aku, kau, dia, kamu2 sume tentunya ada sifat cemburu ne kan..
tak yah nafikan laa.. kompom ada!!
hehe.. yelaa.. kita cuma manusia biasa
yang tak kan dapat lari dari berperasaan cam ne..
sedangkan isteri-isteri nabi pun miliki sifat cemburu,
apatah lagi kita kan...
Isteri-isteri nabi sememangnya ada sifat cemburu neh..
tapi mereka dipuji Allah.
Rasulullah sebagai suami mereka pula paham
dan sedia maklum tentang rasa cemburu para isterinya,
tapi Rasullullah tak pula menghukum mereka
selagi cemburu mereka tuh ada wajarnya..ada batasnya.
Misalnya, isteri Rasulullah yang bernama Aisyah
pernah meluahkan rasa cemburunya kerana
Rasulullah seringkali menyebut2 dan menyanjung Khadijah.
Jadi, cemburu seorang isteri terhadap suaminya tuh
memang wajar dalam hubungan suami isteri.
Lebih-lebih lagi cemburu memang dituntut dalam Islam..
sama la jugak kadaannya apabila si suami cemburukan isteri..
para isteri jangan naik melenting bila suami cemburu...
jangan lekas marah2..jangan kecik hati..
dan jangan merasakan yang suami anda tidak percayakan anda!
Tetapi..
percayalah dan fahamilah bahawa ia adalah
satu tuntutan dalam Islam dan menunjukkan bahawa
anda memiliki suami atau pasangan yang bertanggungjawab
dan sedang subur imannya.
Ahhh.. alangkah bagus kalo suami cemburukan saya..
dalam erti kata cemburu yang wajar dan ada batasnya la...
tuh maknanya saya memiliki suami yang amik berat pada saya...
huuhuhuuuu...
Malangnya, saya tak ada suami lagi..
tetapi, alhamdulillah...
sedang memiliki pasangan yang mengambil berat
tentang diri saya...
memang wajar kalo dia cemburu...
saya tak kisah dan merasakan diri sememangnya dihargai...
harap2 cemburunya tuh berlanjutan ke alam rumah tangga..
sebab kalo dia tak cemburu..
rasa tak bes la plak... haha..!
gituh plak yea. . . . . .
TETAPI. . . .!!
kalo cemburu tuh hanya didasari sangkaan..
tak da bukti dan bersifat melampaui batasan..
maka ia jadi tercela.. dan tak dibenarkan dalam Islam.
Sebabnya, ia boleh menyebabkan keretakan dalam
sesebuah perhubungan yang dibina...
HErmm.. kita leh tengok sendiri contoh
cemburu yang melampau, yang kita leh tengok kat paper..
seorang suami merodok kemaluan isteri akibat
wujud perasaan cemburu yang gagal dikawal..
kononnya mendengar bisikan jin yang mengatakan
isterinya berzina dengan orang lain...
tak wajarlah macam tuh kan...
eeeiiiii... sampai macam tuh skali kann..
kesian kat isteri tuh..
tak pasal2 jadi mangsa cemburu buta suaminya...
ishhh. . . ish. . .
so, cemburu tuh tak salah..
tapi kita kena waras ok...
kalo kita bijak mengawal pasaan tuh...
insyaallahhh sumenya akan baek2 sahaja...
=)
p/s: semoga Allah sentiasa melindungiku agar tidak 'merodok' sang cinta hatiku . . . .




No comments:
Post a Comment