JellyPages.com

Monday, May 2, 2011

..Impian Melangit, Harapan Menggunung.. (Part 1)

Malam itu, Hawa dimarahi teruk..
Puas dijelaskan, api kemarahan makin membara..
Hawa buntu.. tidak tahu apa yang harus dilakukan saat ini..
Mahu berdiam, dia bimbang..
bimbang sekiranya dituduh bukan-bukan.
Dia membela diri. Itulah yang seharusnya..
Namun, Hawa tetap gusar..
Dia juga panas hati bila teruk dimarahi tiba-tiba..
Bila hati mula panas, macam-macam perkataan yang terbit.
Tapi, hatinya mudah sahaja sejuk.. 
Ketika itu, ayat memujuk pula yang dikeluarkannya. 
"Huh! Apa pula kali ni. Sekali lagi perang meletus." Getus hati kecil Hawa.

Sejak pertelingkahan malam itu, hubungan mereka agak tegang.
Dia tidak kisah memujuk Adam berkali-kali, 
asalkan hubungan mereka kembali jernih seperti sediakala.
Dia juga tak lekang dengan kata-kata maafnya.
Tapi, dia gagal.. Adam tetap dengan 'rasa'nya. 
Tetap dengan kemarahan yang berapi-api. 
Apa boleh buat. Hawa akhirnya berdiam diri.
Dia hampa, kecewa..

Hampir sahaja setiap malam tidur Hawa ditemani tangisan.
Dia rindu..apakah Adam turut merinduinya?
Hawa tidak pasti. Dia juga tiada keberanian untuk menghubungi Adam.
Kekuatan sebelum ini hampir dilemahkan oleh peristiwa yang mengguris hatinya.
Biarlah, biar dia sahaja yang tahu bagaimana perasaannya saat dilontarkan 
api bicara dari Adam.

Titis jernih dari tubir matanya mengalir perlahan.
Dia sebak. Saat duka begini, senang sahaja ingatannya
mengimbau kenangan empat tahun lalu.
Saat bergelar mahasiswi dan Adam pula mahasiswa.

Hawa mengenali Adam pada semester pertama lagi.
Tika itu, Hawa hanya memandang Adam dari jauh. 
Tidak berani menyapa.
Hawa hanya mendengar perihal Adam dari seorang teman 
yang terlebih dahulu mengenali Adam.
Sejak mendengar cerita temannya itu, 
Hawa seperti teruja untuk lebih mengenali Adam. 
Memandang wajah Adam sahaja, membuatnya tenang. 
Tapi, bagaimana harus dimulakan?
"Layakkah aku berteman dengannya?" Hawa bermonolog. 

Angin petang mendamaikan jiwa.
Hatinya seolah tenang tanpa gangguan setelah jiwanya kini kembali pulih.
Pulih dari kecederaan hati.. Dia tidak mahu mengingati detik-detik itu. 
Dibuangkannya jauh agar tidak merayau dalam kotak fikirannya.
Seketika kemudian, bibirnya mengukir senyum.
Tidak disangka insan yang barangkali membantu 
dalam memulihkan kecederaan hatinya itu baru sahaja
membuat miss call.
Walau sekadar miss call, tapi hatinya cukup bahagia saat ini. 
Lantas, diambil handphonenya dan ditaip

"Hai, miss call jer?" 

Seterusnya, mesej itu dihantar ke nombor yang belum lagi 
berada dalam senarai kenalannya itu. 
Hati yang tenang bertambah tenang, dan mungkin juga berbunga girang.
Ingin sekali dia melonjak riang bagai anak kecil beroleh mainan.
Dari situ, bermulalah detik perkenalan yang tidak pernah disangka-sangkakan.

Bersambung...kalo ada masa... =)
 


 

No comments:

Post a Comment